Monday, September 20, 2021
Home Agama Cadang hapus mahkamah syariah?

Cadang hapus mahkamah syariah?

0

PARLIMEN hari ini ‘panas’ dengan pelbagai isu rakyat.

Terbaru, Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) hari ini bertanya di dewan rakyat tentang pendirian kerajaan selepas kewujudan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju dengan kewujudan mahkamah syariah.

Menurut Noh, NGO tersebut juga bercadang mahu menghapuskan kuasa undang-undang syariah.

Namun soalan itu dijawab Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengambil pendiriaan untuk tolak dan tidak bersetuju dengan cadangan hapus mahkamah syariah seperti yang dicadang beberapa NGO.

Mujahid berkata kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba menuntut untuk menghapuskan mahkamah syariah.

Beliau berkata pendirian tersebut adalah jelas dan kerajaan pada hari ini sentiasa mahu memperkasakan mahkamah syariah mengikut pendekatan yang sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Itu amat jelas dan terang dan apa yang kita buat ini adalah untuk memperkasakan mahkamah syariah dengan pendekatan yang sesuai mengikut perlembagaan yang sedia ada,” katanya.  – NTHQiBord, 15 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.