SEKARANG terdedahlah kenapa DAP mahu menguasai jawatan Peguam Negara, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Itulah tiga jawatan utama yang menjadikan DAP semakin berkuasa dan Kerajaan PH hanyalah boneka mereka.

Semalam, Lim Kit Malam (Siang) membuat kenyataan media mendesak SKMM (agensi di bawah KKMM) supaya menyiasat sumber Kewangan cyber trooper Najib.

Ternyata DAP adalah parti kuku besi. Janji kebebasan bersuara dan amalan demokrasi yang lebih subur hanyalah retorik sahaja. Ternyata DAP tidak tahan serangan rakyat melalui media sosial.

DAP lupa, sekarang mereka berhadapan dengan “cyber trooper rakyat”. Kumpulan ini lahir secara spontan tanpa dibayar. Mereka bukan Red Bean Army tajaan DAP yang memang dibayar dengan bantuan dana asing.

Cyber troopers rakyat lahir kerana kegagalan Kerajaan PH. Mereka terdiri daripada ribuan pekerja kontrak yang diberhentikan kerja. Mereka adalah ribuan mahasiswa yang tertipu dengan janji penghapusan hutang PTPTN.

Mereka juga adalah peneroka FELDA yang terkesan dengan kejatuhan harga sawit.

Maka tidak perlulah SKMM menyiasat siapa yang menaja cyber troopers tersebut. UMNO dan Najib sudah tidak ada duit. Akaun mereka sudah dibekukan. Hatta aset yang dirampas sekarang pun mahu dilucut hak oleh SPRM.

PH tidak akan mampu membendung kebangkitan “cyber trooper rakyat”. Mereka adalah sukarelawan yang menyebar luas postings daripada Facebook Najib.

Justeru, Lim Kit Siang bukan sahaja bacul untuk berdebat dengan Najib, kini dia juga bacul untuk berdebat dengan cyber trooper rakyat. – 15 Julai 2019

DR PUAD ZARKASHI
Ahli majlis tertinggi UMNO

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.