RUPA-rupanya, penduduk Pasir Gudang yang terjejas akibat pencemaran kima Sungai Kim Kim pada Mac lalu masih belum terima bantuan dari kerajaan negeri.

Walhal, Menteri Besar ketika itu, Datuk Osman Sapian mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.4 juta bagi menangani krisis pencemaran itu dan membantu penduduk yang terjejas.

Namun Timbalan pengerusi jawatakuasa penduduk Pasir Putih, Rafee Abdullah mendedahkan bahawa 110 mangsa yang terjejas akibat pencemaran toksik masih belum dapat bantuan yang dijanjikan.

Sehubungan itu, beliau bersama penduduk membuat laporan polis bagi menggesa siasatan terhadap peruntukan RM6.4 juta yang sepatutnya digunakan Sungai Kim Kim.

“Kami mahu tahu jika peruntukan yang diberikan digunakan secara berkesan dan apakah bentuk bantuan yang mangsa akan dapat.

“Kami juga mahu pihak berkuasa menyiasat jika terdapat sebarang elemen rasuah dan salah laku yang menyebabkan pencemarakan,” katanya.

Beliau juga memberi amaran untuk melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika isu tersebut gagal ditangani segera. – 15 Julai, 2019.

1 COMMENT

  1. Peruntukkan telah digunakan untuk membersihkan dan melupuskan sisa toksik oleh kerajaan bagi pihak kilang-kilang yang beroperasi di Pasir Gudang. Ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan persekutuan dibawah Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi membantu pekilang-pekilang terbabit dan kompani-kompani yang berkaitan. Bagaimana dengan penduduk Pasir Gudang? Rata-rata pekerja kilang sahaja. Kalau mereka bising, berhentikan sahaja… Apa susah… Sebelum PRU ke -15 nanti bagi lah bantuan ehsan, pasti PH jadi pilihan… Does it sound familiar?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.