Dalang di sebalik video intim bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang tersebar bukan perkara utama.

Adik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Ummi Hafilda Ali berkata, orang ramai tidak berminat untuk mengetahui siapa yang menyebarkan video.

“Rakyat tidak berminat nak tahu siapa dalang, yang mereka dan kita nak tahu siapa yang terlibat dalam video itu.

“Mereka mahu tahu siapa pelaku perbuatan dalam video berkenaan,” katanya.

Menurutnya, video yang tular sejak bulan Mei itu memaparkan hubungan romantis Haziq dengan seorang lelaki yang mirip seorang menteri Kabinet.

“Kita nak tahu kerana Haziq sendiri yang tampil membuat pengakuan sebagai individu dalam video itu sebelum ini,” katanya.

Jelas Ummi, mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang setimpal.

“Wajib diseret ke muka pengadilan.

“Perbuatan individu berkenaan bukan sahaja tidak senonoh malah, sangat menjijikkan dan keji,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Walaubagaimanapun, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya sudah mengenalpasti dalang di sebalik penyebaran klip video berkenaan dan ada beberapa individu yang telah ditahan.

“Penyebaran video itu dilakukan melalui pakatan tertentu dan beberapa individu telah ditahan.

“Tidak boleh dedahkan sebarang identiti yang terlibat, “katanya.

Pokok takkan bergoyang kalau tiada angin. -15 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.