PERKEMBANGAN terkini menyaksikan pahat semakin hingar-bingar walaupun rumah BN telah siap untuk berperang.

Apakah ia sememangnya suara ‘genuine’ Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin atau ada tangan dan bisikan ghaib di belakang yang memegang remote?

Ia sesuatu yang serius untuk kesemua ahli UMNO fikirkan.

Khairy Jamaluddin hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas 2019 (kubu Nazri Aziz) dan mereka membanting tulang mengkritik perlantikan Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Ia pelik dan menghairankan.

Budaya menjatuhkan pemimpin melalui character assasination’ dan ‘demoralisation’ sinonim dengan Tun Mahathir.

Tun Mahathir dan Lim Kit Siang tidak pernah berhenti menghentam Datuk Seri Najib walaupun tangan dan kakinya diikat dengan pelbagai dakwaan mahkamah yang sehingga hari ini tidak dapat dibuktikan.

Jelas, Mahathir dan Lim Kit Siang ‘acknowledge‘ Najib adalah figura terbaik yang menjadi aset terpenting BN bukan sahaja kerana beliau Perdana Menteri terbaik daripada kesemua lima penyandang sebelumnya dicampur total, malah beliau adalah idola rakyat kerana kebaikan hati dan sifat kasih sayang yang dibuktikan melalui pelbagai inisiatif bantuan rakyat (terutamanya rakyat miskin) ketika pentadbirannya.

Najib mula dirindui rakyat tidak sampai enam bulan selepas kejatuhannya dan kini kelibatnya diekori dengan tangisan, teriakan dan pelukan.

Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin harus menerima hakikat bahawa rakyat tidak kejar Nazri Aziz atau Khairy Jamaluddin, tetapi Najib.

Keterujaan rakyat terhadap beliau adalah petanda tsunami besar akan melanda PH di PRU15 selepas penipuan dahsyat yang dilakukan mereka di PRU14.

Jika begitu, kenapa Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin menentang perlantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN? Apakah kerugian atau keuntungan yang mereka dapat?

Persoalannya, apakah jawatan tersebut atau Najib yang lebih besar pengaruhnya?

Agenda siapa yang membawa Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin bersatu menentang perlantikan Najib sedangkan sebelum PRU14 ‘to the best of my knowledge‘ kedua-dua mereka tidak pernah akrab sama sekali.

Apakah Nazri Aziz yang berjalan berpimpin tangan dengan Guan Eng dalam skandal projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion membawa suara dan ‘influence‘ DAP?

Jika Nazri Aziz benar-benar mahu BN bangkit, kenapa Nazri tidak pernah menghentam PH atau menuntut janji-janji PH bagi pihak rakyat seperti yang dipraktikkan oleh Najib setiap hari sebaliknya menentang perlantikan Najib sahaja?

Nazri Aziz pernah bermati-matian menentang Perpaduan Ummah antara PAS dan UMNO kerana mahu UMNO bergabung dengan PKR dan DAP.

Malah, Nazri Aziz tidak pernah mengkritik PH sebaliknya menentang perlantikan Najib sahaja.

Saya percaya, Nazri Aziz perlu lebih risaukan skandal Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang berbanding perjuangan rakyat menuntut hak daripada kerajaan penipu.

Sementara itu Khairy Jamaluddin yang memetik penulis Indonesia Khairil Anwar “aku ini binatang jalang” pula mahu rakyat melihatnya sebagai budak nakal yang berniat ikhlas terhadap UMNO yang disayanginya.

Jika sayangkan UMNO, saya cadangkan Khairy perkuatkan UMNO dengan menyokong Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi.

PH bukan lagi kerajaan tetapi sebuah regim dengan strategi tersusun untuk menghancurkan UMNO.

Baik Nazri Aziz mahupun Khairy Jamaluddin, kedua-duanya sedang membakar kelambu ummah. – 15 Julai 2019

ANINA SAADUDIN
Presiden Empirikal Malaysia

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. Well said Ainina!!!! Seperti biasa, orang Melayu ini tahu mengkritik sahaja. Apa yang mereka perlu buat adalah, buka mata dan hati mereka seluas mungkin, pasti kita orang Melayu akan berkuasa dan berjaya

  2. Puan Anina, ada 3 perkara yg saya nak tanya puan.
    1. Saya fikir awak baru bangun tidur, kes terowong awak kena cuci taik mata & baca berita yg telah keluar.
    2. Siapa yg ikat kaki najib.
    Mahkamah memberikan banyak masa yg panjang utk kes src najib dibicarakan, bahkan pihak ag meminta kes 1mdb di undurkan utk dibicarakan, semata-mata beri peluang najib utk membela diri.
    3. Dgn kes yg sedang dihadapi oleh najib, apakah layak beliau dilantik sebagai penasihat satu gabungan parti yg besar.
    Dimana mata hati pemimpin2 BN dalam menilai, wang & barang kemas yg dijumpai.
    Duit yg ditransfer keakaun pribadi berjuta-juta RM, penggunaan kad kredit melebihi rm 3 juta dalam tempoh 6 bulan.
    Cubalah gunakan akal yg sihat, buka minda & fikiran.
    Agar orang macam puan ini, dapat menuju jalan kebaikan bukan dendam politik yg tiada kesudahan.
    Berhenti lah berprovokasi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.