BADAN bukan kerajaan (NGO) SEDAR Malaysia bimbang kerajaan DAP-PH hari ini akan memanipulasi had umur mengundi 18 tahun untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Demikian dinyatakan oleh Presiden, Pertubuhan SEDAR Malaysia, Nazrin Norani dalam suatu kenyataan.

Oleh itu, SEDAR telah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang bagi menyuarakan pandangan dan menyerahkan memorandum.

SEDAR Malaysia atau nama penuh Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat telah menyatakan sokongan terhadap pindaan tersebut namun perlu diperhalusi sebelum diluluskan di Parlimen.

Antara Ahli Parlimen yang hadir dalam pertemuan tersebut termasuklah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Datuk Seri Saravanan Murugan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, dan Tan Sri Annuar Musa

SEDAR juga telah menyeru semua Ahli Parlimen yang ditemui agar blok pembangkang menubuhkan ‘Pasukan Tindakan Khas’ berkaitan isu refomasi pilihan raya.

“Pasukan Tindakan Khas ini patut dianggotai oleh wakil daripada parti politik dan NGO,” kata Nazrin.

SEDAR juga berharap salinan memorandum itu dapat disampaikan kepada semua ahli Parlimen sebelum bil dibentangkan.

Minggu lepas, usul untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Namun pihak pembangkang mahukan pindaan undi automatik disekalikan.

Oleh itu, usul tersebut ditarik semula dan dijangka dibentangkan semula pada minggu ini dengan perubahan seperti diminta pembangkang. – NTHQiBORD 15 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.