SURUHAJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak telus dan tidak jujur dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Seorang pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) mengaku kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada minggu lalu bahawa SPRM secara terpilih menghantar bukti digital yang penting kepada mahkamah.

Penganalisis penguatkuasaan dan perisikan kewangan BNM, Shuzairizman Shuib menghantar beberapa bukti digital sebagai mematuhi arahan mahkamah.

Bukti itu merupakan transkrip perbualan beberapa individu yang terlibat dalam kes Najib termasuk pengurus perhubungan AmBank, Joana Yu dan dua rakannya, Krystle Yap dan Daniel Lee, bekas ketua pegawai eksekutif SRC International, Nik Faisal Nik Ariff Kamil dan ahli perniagaan Jho Low.

Shuzairizman memberi keterangan kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa bukti yang dihantar ke mahkamah mengandungi kurang separuh daripada bukti digital yang beliau kumpul untuk perbicaraan itu.

Semasa sesi soal balas, saksi ke-46 itu mengakui beliau sudah menyerahkan semua bukti digital dan laporan analitik kepada pegawai siasatan kes itu yang hanya dinamakan sebagai Rosli.

Shuzairizman juga mendedahkan beliau turut berurusan dengan Rosli bagi menentukan bukti yang akan didedahkan di mahkamah.

Beliau juga mengakui Rosli memilih data komunikasi yang dikeluarkan daripada telefon Blackberry milik Joana.

Data komunikasi itu dipercayai antara Joana dan Jho Low.

Shuzairizman terlibat dalam serbuan BNM terhadap cawangan AmBank di Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Tugas Shuzairizman adalah mengumpulkan data digital daripada peralatan milik Joana, Krystle dan Daniel.

Joana merupakan saksi penting bagi perbicaraan ini kerana beliau menguruskan semua akaun peribadi Najib dan akaun SRC International di AmBank. – NTHQiBord, 15 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.