BEKAS ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz dan lima orang lagi direman polis bagi membantu siasatan kes siri video seks yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, lapor FMT.

Mereka disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk pengedaran bahan lucah.

Kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di Jalan Duta di sini dan akan ditahan enam hari berikutnya dalam tahanan polis.

Difahamkan sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka adalah pemimpin bahagian PKR di Selangor.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Bukit Aman yang terlibat dalam siasatan itu enggan mengulas lanjut.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata semalam polis telah mengenal pasti individu di sebalik pengedaran klip video tersebut.

Beliau berkata beberapa individu yang ditangkap telah dibebaskan.

Beliau juga berkata pihak polis menyenaraipendek suspek yang mengedarkan klip di media sosial.

“Ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan, berdasarkan arahan pendakwa. Pejabat Peguam Negara mahu kami mencatatkan lebih banyak kenyataan, ” katanya, sambil menambah bahawa polis perlu pergi ke Sandakan, dan akan mengambil masa. – 15 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.