KASIH bapa tiada penghujungnya.

Bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan ex-parte terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah) berhubung kes inkuiri anaknya.

Menurut sumber, Tommy telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Penguam Negara pada 3 April lalu.

Perkara ini dijelaskan peguam yang mewakili keluarga Adib, Mohd Zubir hari ini.

” Tommy menyatakan bahawa kematian Muhammad Adib bukanlah dipukul oleh mana-mana orang,” Mohd Zubir.

Mohd Kassim memfailkan permohonan ex-parte tersebut melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate di Mahkamah Koroner hari ini.

Terdahulu, Muhammad Adib,24, parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN) – NTHQiBord, 16 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.