PELAWAAN Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan menunjukkan betapa goyangnya kedudukan BERSATU dalam blok kerajaan yang dikuasai DAP itu, kata Wan Indra Putra Ahmad.

“Dalam bahasa politik, pelawaan Mukhriz ini dipanggil sembang kencang.

“Sebenarnya, BERSATU bergolak dan goyang di peringkat dalaman mereka,” kata Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam itu kepada NTHQiBord.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa PAS tidak akan terpengaruh dengan pelawaan Mukhriz itu sebagai menghormati kerjasama dengan UMNO.

“Pelawaan ini tidak mengacau kerjasama UMNO-PAS.

“Harus difahamkan kelahiran PAS juga dari rahim UMNO, begitu juga BERSATU, Semangat 46 dan Parti Keadilan Nasional.

“Pada saya, PAS tidak akan mudah terpengaruh dengan BERSATU kerana mereka faham bai’ah perpaduan ummah yang dijalinkan selama ini selepas BN tumbang pada PRU14.

“Malah mereka (PAS) lebih serasi dengan UMNO pada ketika ini,” katanya. – NTHQiBord, 16 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.