KERAJAAN mahu golongan pelarian diberi peluang pekerjaan supaya mereka boleh menjalani kehidupan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat tempatan.

Wan Azizah memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat tempatan akan diberi keutamaan sebelum sebarang kelulusan membenarkan pelarian bekerja secara sah di negara ini.

“Kita mahu mereka (pelarian) bekerja, namun ada cara bagaimana mereka boleh bekerja di Malaysia tanpa menjejaskan peluang pekerjaan orang Malaysia.

“Dan (begitu juga) bagaimana nak tentukan mereka betul-betul pelarian (pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian – UNHCR) dan bukannya pelarian ekonomi,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia membenarkan pelarian bekerja secara sah di negara ini. – 16 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.