DRAMA video songsang sudah semakin menghampir ke penghujungnya.

Rakyat tertanya-tanya sama ada benarkah Datuk Seri Azmin Ali sebagai pasangan homoseks dalam video semburit yang tersebar pada bulan lalu.

Seorang lagi pelaku kegiatan jijik itu, Haziq Abdul Abdullah Aziz sudah mengaku dia dalam video itu dan mendakwa pasangannya adalah Azmin.

Kini selepas sebulan berteka-teki, agensi keselamatan siber nasional, CyberSecurity Malaysia akhirnya sudah mengenalpasti identiti dua lelaki dalam video semburit itu.

Laporan siasatan itu sudah diserahkan kepada polis dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Huzir Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Tapi Huzir enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak mahkamah bagi menentukan individu dalam video berkenaan.

“Kami akan membincangkannya dengan Jabatan Peguam Negara.

“Terserah kepada mahkamah untuk menentukan siapa yang ada dalam video tersebut,” katanya.

Sebagai ‘penyedap drama’, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu membangkitkan persoalan rakyat yang mahu mengetahui ketulenan video itu. – 16 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.