SIKAP pembohong DAP akhirnya tidak dapat dinafikan lagi.

Sebelum ini, telah banyak kali mereka menabur fitnah kepada UMNO mahupun PAS dalam pelbagai isu. Tentunya UMNO yang paling banyak menjadi mangsa.

Antaranya, fitnah Menteri Kewangan Bangsa DAP, Lim Guan Eng pada 8 Ogos 2018, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat.

Guan Eng ketika itu membuat satu tuduhan yang amat jahat dengan mengatakan bahawa kerajaan terdahulu telah merompak hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.4 bilion.

Hakikatnya, tidak ada wang yang hilang di dalam kutipan hasil GST.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)Datuk Noraini Ahmad sendiri mengesahkan wang sebanyak RM19.4 bilion hasil kutipan cukai GST itu tidak hilang atau dirompak seperti didakwa oleh menteri bangsa pembohong ini.

Maka tidak hairanlah jika Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato’ Azwanddin Hamzah melabel Bangsa DAP sebagai bangsa pembohong!

“Pada hari ini terbukti, Guan Eng telah membuat satu pembohongan yang besar dengan berniat jahat untuk tujuan mempengaruhi rakyat dan telah mengelirukan Dewan Rakyat.

“Sebagai bangsa pembohong, menteri bangsa DAP, Guan Eng melemparkan pembohongan tersebut dan telah mempengaruhi rakyat serta Dewan Rakyat selama hampir setahun dan ini merupakan satu tuduhan yang amat besar,” katanya.

Sehubungan itu, Azwanddin mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap menteri pembohong itu.

Jelasnya, tindakan itu perlu diambil kerana Guan Eng telah memberi satu persepsi buruk terhadap Malaysia.

“Bangsa DAP ini sentiasa akan berbohong mengambil kesempatan dengan mempergunakan tafsiran undang-undang oleh Peguam Negara, Tommy Thomas bagi menyelamatkan Guan Eng.

“Ini merupakan satu kesalahan diatas pembohongan yang amat serius di dalam Dewan Rakyat dan adalah wajar diambil tindakan terhadap Guan Eng,” gesanya.

Selain itu, Azwanddin berkata, Guan Eng perlu mengaku bahawa kerajaan Pakatan Harapan menjadi punca negara kehilangan wang pendapata ketika ‘tax holiday’ selama tiga bulan dilaksanakan oleh menteri pembohong itu.

Sesungguhnya bangsa DAP dan sikap berbohong mereka sudah tidak dapat dipisahkan.

Pendedahan PAC ini sekali gus membuktikan pemimpin utama DAP tidak memiliki integriti dan moral yang baik.

Apatah lagi Guan Eng acap kali serta diulang-ulang, sama ada dalam Parlimen mahupun dalam ceramah beliau kepada rakyat bahawa duit cukai GST RM19.4 billion telah ‘dirompak’ dan di salahgunakan oleh kerajaan sebelum ini.

Namun, adakah dengan terbongkarnya pembohongan Guan Eng ini masih ada rakyat yang percaya kata-katanya?

Masih adakah rakyat khususnya orang Melayu Islam yang mahu memberi undi kepada bangsa DAP yang jelas berbohong?

Bolehkah dipercayai bahawa mereka akan menjaga Islam pada masa akan datang jika memperoleh lebih kuasa?

Sudah tentu jawapannya tidak. Pemimpin yang naik dengan cara menipu, maka apabila sudah ada kuasa tiada jaminan dia tidak akan menipu.

Ingat kata-kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum beliau jadi menteri. Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama… – 16 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.