TUDUHAN Lim Kit Siang kononnya bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya menerima padah.

Mohamed Apandi memfailkan saman terhadap penasihat DAP itu kerana memfitnahnya bersubahat dan terlibat di dalam kegiatan jenayah terutama di dalam skandal kewangan 1MDB.

Dalam saman itu, Mohamed Apandi antara lain menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta daripada Kit Siang.

Kit Siat membuat kenyataan berunsur fitnah itu menerusi portal Malaysiakini pada 6 Mei lalu dengan gambaran seolah-olah Mohamed Apandi tidak mempunyai integriti dan tidak bermoral.

Selain itu, Mohamed Apandi menyifatkan kenyataan Kit Siang itu menuduk beliau tidak mempunyai sifat etika bertanggungjawab professional serta etika lain yang penting bagi menyandang posisi sebagai peguam negara.

Kit Siang didakwa membuat kenyataan itu dalam ruangan ‘MP Speaks’ di Malaysiakini dengan tajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’. – 16 Julai 2019.

2 COMMENTS

  1. Rasanya inilah masa yg ditunggu-tunggu, bukan saja oleh LKS tapi seluruh rakyat malaysia, bagaimana seorang bekas peguam negara akan berhujah dlm mahkamah.
    Sudah pasti kita akan dengar tok jib & ghani patail akan dipanggil sebagai saksi.
    Ini kes kedua yg menarik selepas 1mdb.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.