MEMANG wajar Lim Guan Eng dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuktikan dia telah mengelirukan Parlimen.

Tahniah Barisan Nasional kerana membawa usul tersebut.

Ternyata Guan Eng adalah “penipu bersiri” kerana PAC melaporkan wang bayar balik GST sebanyak RM19.4 Bbilion tidak dirompak.

Laporan PAC itu juga membuktikan Guan Eng jahil selok belok kewangan walaupun dia akauntan bertauliah.

Sebab itu jumlah hutang negara pun dia keliru.

Penjelasan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir mengesahkan kejahilan Guan Eng.

Menurut beliau, mungkin kefahaman Guan Eng apabila jumlah bayaran balik GST ialah RM19.4 bilion, maka ia perlu dipulangkan semua sekaligus.

Sedangkan ia perlu diproses, disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

Sebab itu menurut beliau wang itu tidak hilang atau disalah guna.

Berdasarkan laporan PAC, setakat 31 Mei 2018 bayaran balik GST yang diluluskan oleh Jabatan Kastam ialah RM1.5 bilion.

Menurut KSP lagi tidak salah wang bayaran balik GST disimpan dalam Akaun Disatukan.

Setelah disahkan untuk bayaran barulah wang itu dipindahkan ke Akaun Amanah sebelum dipulangkan kepada perniaga.

Setakat 10 April 2019 hanya RM6.93 bilion daripada 19.4 bilion yang disahkan oleh Jabatan Kastam untuk dibayar balik kepada perniaga. Itu pun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuma bayar RM3 bilion sahaja.

Patutlah PH tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ke atas Tabung Haji dan FELDA kerana takut terdedah lebih banyak watak “penipu bersiri” dalam PH. – 16 Julai 2019.

MOHD PUAD ZARKASHI,
Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.