DATUK Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Anwar Ibrahim.

Nazri menganggap Presiden PKR, Anwar Ibrahim seorang reformis negara dan tidak teragak-agak untuk memberikan sokongan kepadanya, lapor Malaysiakini.

Sokongannya itu bukanlah perkara pelik kerana Anwar pernah memimpinnya sewaktu dalam sayap Pemuda Umno dahulu.

“Anwar adalah Reformis. Saya sokong Anwar, takkanlah dalam Umno tidak boleh sokong beliau. Beliau adalah ketua Pemuda (Umno) saya dahulu. Tidak ada salahnya, memandangkan saya tetap bersama Umno,” katanya.

Kenyataan Nazri ini menghangatkan lagi suasana kerana sebelum ini lantang mengkritik Datuk Seri Najib atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Kritikan Nazri terhadap pelantikan Najib atas alasan bekas Perdana Menteri itu masih berdepan tuduhan di mahkamah.

Nazri juga dilihat mendiamkan diri atas apa juga isu yang membabitkan kerajaan DAP-PH namun cepat memberikan respon kepada isu membabitkan UMNO.

Keadaan ini menyebabkan sebahagian ahli UMNO mendesaknya dipecat dan ada yang menggesa Nazri meninggalkan parti itu.

Namun Nazri mempertahankan pendiriannya dan berkata sokongan terhadap Anwar dibuat menerusi hasil mesyuarat kaukus reformasi dan tadbir urus yang dipengerusikan sendiri oleh Anwar.

“Kita hendak buat yang terbaik buat Malaysia, saya ada pengalaman sebagai menteri, pernah jaga parlimen dan saya hendak buat yang terbaik.

“Dengan jadi ahli kaukus saya boleh sokong (Anwar), kalau tidak sokong Anwar, takkanlah saya masuk kaukus Parlimen ini,” katanya.

Anwar bagaimanapun memberitahu tiada perbincangan mengenai penyertaan Nazri dalam PH. Apatah lagi Nazri merupakan ahli UMNO tegar.

Dalam perkembagan lain, Anwar menafikan dia ada menawarkan PAS untuk menyertai PH.

Pada masa yang sama PAS tegas menolak pelawaan daripada Bersatu dan Amanah sebelum ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan, parti itu ketika ini fokus dalam usaha penyatuan ummah bersama UMNO. – 16 Julai 2019

1 COMMENT

  1. Sokong segi prinsip kebenaran adalah dituntut.
    Yg masalah sekarang adalah ramai ahli YB yg sokong sebb dendam & termakan jasa atas sumbangan pilihan raya, walaupun sebenarnya YB tu tahu yg memberikan sumbangan itu terlibat dgn kerja2 haram/rasuah.
    Ilmu agama tinggi, banyk kitab yg dikuasai, tahu beban dosa…..
    Tapi perkara subahah masih menjadi amalan?
    Katagori apa YB ini?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.