PENCERAHAN oleh Pengerusi Jawatankuasa Wang kira-Kira Negara (PAC) Datuk Dr Noraini Ahmad dalam isu bayaran balik kutipan cukai GST melegakan UMNO-BN.

Terbukti tohmahan sejak setahun lalu tidak tepat dan mengelirukan.

Pada masa yang sama Datuk Seri Najib Razak dalam Facebook beliau membuat perbandingan kes itu dengan kes skandal forex.

Mari kita bandingkan:

ISU 1. Wang GST RM19.4b dituduh telah rompak oleh BN masa saya PM.

Akhirnya laporan PAC mengatakan bahawa tidak ada kehilangan wang atau telah dirompak.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang dilantik kerajaan DAP-PH menjelaskan semasa memberi keterangan kepada jawatankuasa,” Tidak mungkin… pada ketika ini wang itu tiba-tiba dicuri, disalahgunakan atau apa saja.”

Berdasarkan Klausa 54 (5) Akta GST jelas membenarkan wang GST disalurkan kepada Akaun DiSatukan Kerajaan dan bukan hanya untuk akaun GST.

Syor-syor laporan PAC tidak memanggil pihak berkuasa untuk menyiasat sebarang salah-laku atau jenayah.

Tetapi kerajaan DAP-PH tidak puas hati dengan keputusan laporan ini.

Mereka tetap kata wang GST telah dirompak, BN telah melanggar undang-undang serta BN patut bertanggungjawab.

ISU 2. Wang Bank Negara Malaysia RM33 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion sekarang telah lesap dalam skandal FOREX ketika zaman PM ke-4 (Tun Mahathir) dan bakal PM ke-8 (Anwar Ibrahim).

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) (bukan sekadar siasatan PAC sahaja) jelas menunjukkan wang telah lesap dan ada salah laku.

Wang benar-benar hilang. Bukan masuk akaun kerajaan lain. (masuk akaun siapa, kita tidak tahu lagi kerana siasatan telah dihentikan)

Laporan RCI tersebut mengesyorkan pihak kuasa untuk menyiasat salah-laku jenayah.

Namun, kerajaan DAP-PH tidak mengambil apa-apa tindakan susulan.

Bahkan mereka telah menghentikan siasatan polis untuk kes ini dan diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).

Dikatakan pula oleh kerajaan DAP-PH bahawa tidak ada seorang pun yang patut bertanggungjawab untuk kehilangan RM33 bilion yang telah terbukti itu.

Nampak tak?

Jelas di sini bahawa, kerajaan DAP-PH bersikap “double standard” dalam kedua-dua isu ini.

Tidak mustahil perkara yang sama berlaku dalam kes lain yang ketika ini berlaku siang dan malam termasuk kes seks luar tabii dan kes rogol di Perak. – 16 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.