‘BERPATAH arang berkerat rotan’ dengan Pakatan Harapan (PH).

Itulah PAS.

Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dilihatkan mengambil pendirian untuk tidak sesekali sertai Pakatan Harapan kerana serik dengan DAP yang menjadi ‘boss besar’ dalam pasukan tersebut.

“Tiada selera, tulis itu sahaja,” katanya ringkas ketika ditanya wartawan di Parlimen.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menegaskan, Pas tidak akan bersama PH, sebaliknya akan terus bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan.

Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang Mohd Tarmizi Yahya menyifatkan pelawaan Mukhriz itu tidak ikhlas dan hanya retorik semata-mata.

Beberapa hari lepas, Mukhriz Mahathir yang merupakan Timbalan Presiden Bersatu berkata PH sedia membuka pintu kepada Pas untuk menjadi sebahagian daripada komponen mereka demi penyatuan umat Islam di negara ini.

Beliau dilaporkan berkata jika Pas menyertai PH sekarang, mereka boleh menjadi kerajaan dan pada pilihan raya akan datang, boleh menjadi kerajaan sekali lagi. – NTHQiBord, 16 Julai 2019.

3 COMMENTS

  1. Tuan Guru.
    Saya nak bertanya?
    Apakah salah jika seseorang @ kumpulan menghulurkan tangan utk mencari formula penyatuan melayu?
    Mana yg lebih baik pemimpin amanah/bersatu dari pada pemimpin umno?
    Adake mana2 hadis kita bersikap sombong & angkuh serta memperkecil-kecilkan sesuatu kumpulan?
    Masa ni Tuan Guru nampak garang & ego.
    Tapi masa yg sama Tuan guru mencari formula bagaimana nak berbaik dgn Tun.

  2. Arif Muluk, yg pasti bukan Tajul Muluk cerdikiawan melayu. Kalau sdra tanya mana lebih baik Amanah/Bersatu dari Pemimpin Umno!?. Tak payah lah TGHH menjawabnya. Kita selesai berdua cukup, Aku sebagai Ahli PAS, akan menyatakan Dalam keadaan
    sekarang UMNO lebih baik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.