SHAMSUL Iskandar Mohd Akin kali ini bernada berang.

Dalam satu kenyataan media yang panjang lebar hari ini, beliau memberi reaksi balas mengenai situasi terbaru kes video semburit yang kini disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, seramai enam orang telah ditahan reman polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran video semburit.

Pelaku dalam video tersebut iaitu Haziq Abdullah Abd Aziz turut ditahan untuk siasatan, manakala Azmin Ali yang dikatakan mirip pasangan Haziq masih bebas kerana belum ada sebarang pengakuan.

Yang terlibat perlu ‘bercuti’

Shamsul yang juga merupakan bekas ‘boss’ kepada Haziq Abd Aziz, menegaskan PKR perlu mengembalikan kepercayaan umum dengan pengunduran sementara beberapa individu yang disyaki terlibat dalam video jijik tersebut.

Shamsul memberi bayangan pengunduran sementara haruslah termasuk mereka yang ‘beraksi’ dalam video, bukan yang menyebarnya semata-mata.

Jangan kebal undang-undang

Shamsul juga memberi bayangan individu yang beliau maksudkan adalah seorang yang berkuasa, dan mempunyai jasa tertentu dalam negara.

“Saya ingin mengingatkan jasa bakti serta kedudukan penting seseorang itu tidak boleh mengaburi undang-undang, ” tegas Shamsul.

” Undang-undang harus buta dari ketidakadilan apatah lagi memilih bulu,” tambah Shamsul. – NTHQiBord, 16 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Biarlah polis selesaikan dulu kerja penyiasatan nya, jika YB rasa ada ketidakadilan dari segi tindakan undang2, barulah YB buat tindakan yg lebih berani & kedepan.
    Sebagai jemaah menteri, suara & tindakan YB pasti akan didengar.
    Sekarang minta YB bersabar saja dulu.
    Jangan lebih sudu dari kuah.
    Nanti kuah tumpah, sudupun tak berguna lagi.
    Jawatan yg YB dapat pun bila2 juga boleh hilang, sbb sikap YB yg gopoh gapah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.