SEJARAH baru tercipta.

Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik pada usia 18 tahun, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun lulus dengan sokongan 2/3 Dewan Rakyat.

Dalam undian yang dijalankan, usul itu mendapat sokongan 211 anggota parlimen.

Tiada wakil rakyat yang mengundi untuk menolak, dan tiada juga yang berkecuali.

“Lebih 2/3 undi,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Tahniah, melakar sejarah hari ini, tepat setahun Parlimen bersidang.” tambah beliau lagi.

Sebelum itu, pindaan itu dibahaskan lebih 60 ahli Parlimen kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkannya untuk bacaan kali kedua. – NTHQiBord, 16 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Alhamdulillah, malaysia menuju demokrasi yg lebih telus, bersih & berintegriti.
    Tahniah kerajaan baru Pakatan Harapan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.