PRESIDEN PKR, Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Azmin Ali perlu meletakkan jawatan sekiranya timbalannya itu terlibat dalam video seks gay, lapor FMT.

Itu adalah pendirian Anwar paling jelas dalam isu video yang membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Tetapi Presiden PKR segera berlapik dengan menyatakan bahawa pihak polis belum mengenalpasti individu dalam video itu, yang menunjukkan dua lelaki terlibat dalam perbuatan homoseksual.

“Setakat ini kita hanya mendengar khabar angin,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

“Polis cukup profesional dan mereka harus diberi penghormatan sewajarnya (dalam menjalankan tugas mereka,” kata Anwar.

Beliau berkata pada mulanya hanya mengambil pendirian bahawa Azmin tidak patut berhenti atau meletak jawatan, tetapi berkata perkembangan baru-baru ini perlu dipertimbangkan.

Sebelum itu, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini berkata ia terpulang kepada Azmin jika dia mahu pergi bercuti sambil menunggu siasatan polis ke dalam video itu.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengakui terkejut dengan penahanan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk membantu siasatan kes penyebaran video seks.

Walau bagaimanapun, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk mengendalikannya.

Pada masa yang sama PKR Perak mengesahkan Farhash merupakan antara tiga lagi individu ditahan polis semalam di Johor.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR Perak, M A Tinagaran menegaskan, Farhash yang juga Setiausaha Politik Presiden PKR, ditahan bagi membantu siasatan dan bukan disabitkan sebagai pesalah dalam kes itu.

Menurutnya, PKR Perak sekali lagi menegaskan Farhash bukan tertuduh dalam kes penyebaran video intim yang turut membabitkan bekas Ketua AMK Santubong dan tiada kena mengena dengan kes itu.

“Penahanan Farhash tidak akan menjejaskan nama baik PKR Perak kerana ia hanya dianggap proses melancarkan siasatan polis,” kata Tinagaran. – 17 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Dalam masa ini adalah lebih baik sdra anwar kurangkan membuat apa2 spekulasi tentang kes azmin.
    Sbb nya semua org tahu mereka ini sudah ada perbalahan politik.
    Jadi perkara ini tidak baik utk kelansungan politik pkr kehadapan.
    Walaupun anwar sebagai presiden, tapi tingkah laku nya sebenarnya menampakkan dia ada perseteruan terhadap azmin.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.