DATUK Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR tampil membidas dakwaan Ketua Penerangan partinya sendiri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Setelah tidak betah mendiamkan diri buat masa yang lama, Azmin Ali akhirnya bersuara menyatakan komen terhadap ahli partinya.

“Jangan jadi munafik,” katanya ringkas.

Dalam satu kenyataan, Shamsul Iskandar dilihat menggesa supaya pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan video intim untuk bercuti sementara.

Jelasnya, ia bagi memudahkan siasatan dijalankan dan sehingga siasatan itu selesai.

“Pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku perlu membantu pihak berkuasa dengan ‘bercuti sementara’ sehingga siasatan selesai.

“Langkah itu penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil,” katanya.

Namun, Shamsul Iskandar tidak menyebut mana-mana pemimpin yang digesa untuk bercuti itu.

Siapa makan cili, dia rasa pedas. -17 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.