ANDA masih ingat berkenaan perarakan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) di ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Mac 2019?

Pelbagai pihak bersuara mengecam himpunan yang mempromosi budaya hidup songsang LGBT.

Lebih 50 laporan polis dibuat terhadap penganjur.

Rupa-rupanya kes ini telah diklasifikasikan “tiada tindakan lanjut” (no further action (NFA).

Lantaran itu, Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri berkenaan hal ini.

Soalan tersebut ialah;

Minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah kes penganjuran Himpunan Hari Wanita telah diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan selanjutnya” (NFA) dan dihentikan siasatan sedangkan perarakan yang melibatkan kelompok LGBT jelas bercanggah dengan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan kepada soalan ini dijawab oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin (Peguam PAN-Sekarang).

Antara petikan jawapannya ialah;

a. Perarakan yang melibatkan sekumpulan LGBT semasa Himpunan Hari Wanita ini tidak bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

b. Sekiranya pun benar dakwaan YB bahawa apa yang dilakukan bercanggah dengan Islam, pihak Peguam Negara tidak mempunyai apa apa kuasa di bawah mana-mana undang-undang yang sedia ada untuk mendakwa apa-apa perbuatan yang dikatakan bercanggah dengan Islam.

Jelas, terang nyata bak sinar mentari tengah hari bukan?

Kelompok LGBT ini dibela dan dipertahan oleh Kerajaan PH atas nama “Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan”.

Apa kata sekalian ulamak pendokong PH?
Apa kata Wan Ji?
Apa kata Ustaz Yang di-Pertua YADIM?
Apa kata Syeikh DAP?

Rupa-rupanya, LGBT tidak lagi menjadi salah untuk dipromosi secara terbuka di tempat awam, ibu negara Malaysia.
Inilah rupanya Negara Rahmah versi PH.
Inilah rupanya Maqasid Syariah tajaan PH.
Inilah rupanya Rahmatan Lil Alamin acuan PH.

Umat Islam perlu sedar dan ingat, kelompok LGBT ini pastinya akan bergerak dengan lebih lantang dan berani selepas ini kerana lesen lampu hijau sudahpun mereka peroleh daripada Kerajaan PH melalui jawapan rasmi di Parlimen ini. – 17 Julai 2019

SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.