POLITIK Malaysia hari ini mencipta polemik baru apabila beberapa parti ‘saling jemput menjemput’ untuk menyertai parti masing-masing bagi memperkukuhkan kuasa.

Beberapa hari lepas, Bersatu dan PAN turut mempelawa Pas untuk menyertai parti itu, namun ditolak oleh pucuk kepimpinan Pas.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ir Hj Khairil Nizam juga menolak pelawaan tersebut.

Semalam, Ir Hj Khairil Nizam melalui laman Facebook rasminya menegaskan ‘Pakatan Harapan sudah tidak lagi releven’ kerana beliau cukup yakin dan percaya penyatuan dengan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera adalah yang terbaik.

Ir Hj Khairil yang mengadakan pertemuan dengan Nicole Wong Siaw Tiang, Ketua Pemuda MCA berpendapat walaupun Pas dan MCA berlainan ideologi, kedua-dua parti itu mempunyai impian yang sama iaitu meneroka budaya politik baru yang segar, matang, dan sejahtera.

Ia merupakan ‘nafas’ baru yang bakal menggerunkan Pakatan Harapan kerana hubungan baik Pas dan MCA mampu membawa gelombang besar Melayu-Cina, untuk menumbangkan Pakatan Harapan dengan mudah.

Khairil juga mengulas ketidak relevan Pakatan Harapan hari ini, yang menunggu masa untuk jatuh kerana kekurangan sokongan Melayu pada PAN dan Bersatu.

Pan dan Bersatu juga kini ‘runsing’ dengan sifat tamak haloba ‘boss besar’ mereka iaitu DAP yang menguasai kerajaan hari ini.

Khairil juga menambah, Pakatan Harapan juga masih mengamalkan politik hanyir, kebencian, chauvinist yang selama ini telah mengganggu gugat keharmonian negara.

Tegas Khairil, kebersatuan antara Pas dan BN dilihatkan lebih bermanfaat berbanding kebersatuan dengan Pakatan Harapan kerana akar umbi Pas-Umno lebih kukuh, lebih inklusif dan seimbang, serta kebencian rakyat itu sendiri yang semakin membuak-buak pada kerajaan PH.

“Dengan pengalaman PAS menerajui beberapa negeri dengan konsep Kerajaan Teknokrat dan Kepimpinan Ulama’ digabungkan dengan pengalaman memerintah kerajaan pusat puluhan tahun oleh rakan dalam gabungan beserta sokongan kuat anak muda yang mahukan perubahan segera, DPPM akan terus komited mendokong permuafakatan dan kerjasama dengan UMNO, GS dan BN,” tulis beliau. – NTHQiBord, 17 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.