PKR memecat keahlian Ketua Cabang Seputeh, P Ganapathy yang didapati melanggar disiplin parti.

Lembaga Disiplin PKR dalam satu kenyataan berkata, P Ganapathy telah beberapa kali menyebarkan dan memuat naik di dalam laman sosial berita tidak benar, memfitnah serta membuat sangkaan jahat kepada pemimpin-pemimpin parti.

Pemecatan P Ganapathy menunjukkan ‘ketegasan’ PKR kepada peraturan disiplin mereka.

Namun, situasi yang sangat berbeza dengan Haziq Abd Aziz.

Haziq, yang merupakan bekas ketua AMK Santubong telah membuat pengakuan terbuka melakukan perkara jijik yang bertentangan norma.

Haziq telah membuka aibnya sendiri di mata umum, malah langsung tidak mempamerkan rasa kesal melakukan perbuatan semburitnya.

Rentetan itu, Haziq diberi peluang untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada majikannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Atas kegagalan Haziq, akhirnya beliau digugurkan dari PKR.

Selepas itu, Anwar Ibrahim dalam satu pertanyaan media berkata, beliau dan parti sedia menimbangkan rayuan Haziq untuk kembali kepada PKR.

PKR double standard

Dua kes berasingan antara Haziq dan P Ganapathy ini mencerminkan parti ini mengamalkan ‘double standard’ yang murahan.

Apa keistimewaan Haziq di mata Anwar Ibrahim dan Shamsul Iskandar apabila diberi kelebihan sebegini rupa?

Di mana suara keadilan yang selama ini diwar-warkan PKR?

P Ganapathy langsung dipecat, sedangkan Haziq masih diberi ruang demi ruang, peluang demi peluang dalam PKR.

Perbuatan P Ganapathy tidak seberat Haziq

P Ganapathy hanya membuat kenyataan umum terhadap mana-mana anggota parti dengan yang bertentangan dengan pucuk pimpinan.

Berbeza dengan Haziq, beliau bukan sahaja mengakui melakukan aktiviti seksual sejenis, tetapi juga memalukan parti, dan menjejaskan parti dengan perbuatan jijiknya.

Perbuatan Haziq menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada parti, dan mendedahkan aib parti itu sendiri yang mempunyai masalah moral yang sangat teruk. – NTHQiBord, 17 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.