Rakyat juga mahu tahu kebenaran video lucah yang mengaitkan Anwar Ibrahim, tegas Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin melalui laman Facebooknya menulis mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menyiasat kesemua video seks mirip Anwar Ibrahim sama ada tulen atau tidak.

“Insya-Allah, saya akan kumpulkan semula video-video lucah tersebut yang pernah ditularkan melalui media sosial pada suatu masa dahulu dan akan buat laporan rasmi kepada pihak penguatkuasa undang-undang dalam masa terdekat.

“Kita mahu pihak penguat kuasa undang-undang mengesahkan ketulenan video-video tersebut dan sesiapa saja yang terlibat harus diambil tindakan undang-undang.

Gesaan Khairuddin itu menyusul selepas kenyataan dikeluarkan Anwar pada Selasa yang berpendapat kesahihan video intim melibatkan bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu yang dikatakan mirip Azmin Ali.

Kata Anwar, perkara itu wajar didedahkan memandangkan rakyat mahu mengetahui kebenarannya selain dalang di sebalik penyebaran beberapa siri video intim yang tular di media sosial. – NTHQiBord, 17 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.