MAJORITI Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat kerana kecewa dan bengang dengan keputusan speaker Mohamad Ariff Md Yusof yang dilihat memihak kepada Lim Guan Eng.

Ia apabila, Ariff tidak merujuk Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas isu pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ariff memberi alasan, tiada unsur prima facie mengenai dakwaan Lim terhadap kerajaan terdahulu menyalahgunakan wang bagi tujuan pembayaran balik GST.

Sejurus meninggalkan dewan, Ahli Parlimen pembangkang mengadakan sidang media di lobi bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Ariff itu.

Menurut Ahli Parlimen (Rembau), Khairy Jamaluddin mempertikaikan kelayakan dan kredibiliti Ariff yang pernah menjadi hakim Mahkamah Rayuan.

“Macam mana dia boleh jadi hakim juga saya tidak tahu,” katanya.

Selain itu, ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob turut menyifatkan speaker bersikap dwistandard dengan melepaskan Guan Eng daripada dikenakan tindakan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan terdahulu.

“Ariff bersikap dwistandard dengan melepaskan Lim daripada dikenakan tindakan atas dakwaan kerajaan terdahulu “merompak” wang pembayaran balik GST.

“Kenyataan Guan Eng adalah merupakan tuduhan jenayah dan Khairy sudah membuat laporan dan meminta polis menyiasat dakwaan itu dengan segera.

“Kita cuba kompromi, iaitu tidak rujuk Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dengan syarat dia memohon maaf dan menarik balik perkataan rompak yang digunakan, tetapi speaker tidak arahkan dan tetap menolak usul kami.

“Banyak ‘double standard’ dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pasir Salak menegur menteri, namun, kemudiannya dihalau dan digantung.

“Ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut dihalau disebabkan keluarkan kenyataan ‘pondan’ (kepada Guan Eng),” katanya.

Ismail Sabri juga menzahirkan kekesalan dengan tindakan speaker mempertahankan Guan Eng walaupun selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mendapati tiada kehilangan dalam kutipan GST.

“Isu yang kita bawa adalah apabila laporan bayaran balik GST dikeluarkan PAC, Guan Eng terus menggunakan perkataan sama sedangkan tidak ada kehilangan langsung.

“Speaker Dewan Rakyat nampaknya cuba mempertahankan Guan Eng dengan mempertahankan tuduhannya yang mengatakan duit GST dirompak,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat pun berat sebelah, mana pemerintahan yang adil yang dijanjikan kerajaan baru? – 17 Julai 2019

1 COMMENT

  1. MANA KEADILAN DI DEWAN YANG DI GELAR MULIA????
    Kenapa speaker MOHAMAD ARIFF melepaskan pemfitnah bënama Joaeph LIM GUAN ENG dari di kenakan tindakan sewajarnya kerana dulu menuduh dan ‘slander’ kerajaan Najib Razak.
    Speaker Dewan sudah nyanyuk, kah????????
    Segera bawa Lim Guan Eng kepada Jawatakuäsa Hak dan Kebebäsan dengan segera.
    DYMMAgong patut pecat speaker. Dewan Rakyat MOHAMAD ARIFF MOHD YUSOF !!!!!!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.