TUN Mahathir, seorang pemimpin yang jelas seni politiknya.

Dalam satu kenyataan beliau hari ini, Tun Mahathir nampaknya ‘tidak lagi menyebelahi Azmin’ kerana memberi kebebasan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dalam membuat keputusan.

“Terpulang kepada beliau jika mahu mengambil cuti atau terus bekerja” kata Mahathir.

Mahathir yang dikatakan ‘God Father’ Azmin seringkali menyebelahi Azmin walau apa jua keputusan dan perancangan.

Terdahulu, Mahathir membela Azmin dengan menafikan individu dalam video semburit itu menteri kanannya.

Mahathir juga pernah mengeluarkan kenyataan Azmin tidak perlu bercuti selepas penyebaran video semburit di seluruh Malaysia dan laman lucah dunia.

Mahathir diminta memberi komen oleh wartawan tempatan selepas Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi bayangan menggesa Azmin bercuti kerana mengambil kira kegelisahan rakyat terhadap moral Azmin.

Menurut Shamsul, adalah perlu seorang pemimpin untuk bercuti bagi memberi laluan penguatkuasa melakukan siasatan, bukannya berlindung di sebalik individu lain dan kekebalan undang-undang.  – NTHQiBord, 17 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.