ZURAIDA Kamaruddin antara yang konsisten membela Azmin Ali dalam apa jua konflik politik.

Beliau dikatakan antara ‘kartel Azmin’ yang kuat sejak Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes liwat.

Zuraida sekali lagi menjadi ‘champion’ kepada Azmin apabila mengkritik Shamsul Iskandar kelmarin.

Zuraida memberi bayangan Shamsul telah panik apabila polis semakin hampir mendedahkan dalang di sebalik penyebaran klip video seks yang dikaitkan dengan Azmin.

“Ketika siasatan polis makin menjurus menghampiri dalang di sebalik kes ini, terdapat tanda-tanda gelabah dan panik yang jelas di kalangan sesetengah pihak?” bidas Zuraida.

“Mengapakah sesetengah golongan ahli politik ini saban hari memberi komen sedangkan siasatan sedang berjalan dan kian menghampiri kemuncak terhadap pelakunya?” tegasnya.

Zuraida turut mengungkit bahawa klip video intim yang mengaitkan Anwar Ibrahim pernah disebarkan namun pemimpin PKR bersatu mengecam ia sebagai konspirasi politik.

Terdahulu, Shamsul Iskandar dalam kenyataan medianya menggesa Azmin yang dikaitkan dengan salah laku supaya bercuti sementara daripada menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai sepenuhnya.

Shamsul juga mempersoalkan proses penyiasatan polis berhubung video seks itu yang menurutnya ‘beralih kepada penyebaran video intim dan bukannya ketulenan video’. – NTHQiBord, 17 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.