LIM Guan Eng seakan-akan dilindungi oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Mana tidaknya, selepas Menteri Kewangan itu memfitnah Barisan Nasional (BN) merompak duit GST, tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap pemimpin DAP itu.

Hal ini mengundang persoalan sama ada Mohamad Arif mempunyai kepentingan tersendiri kerana tidak merujuk Menteri DAP itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Sejak semalam, ada dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan anak Mohamad Ariff merupakan setiausaha akhbar kepada Guan Eng.

Berdasarkan semakan dalam laman web Kementerian Kewangan Malaysia, Setiausaha Akhbar Guan Eng adalah Mohamad Lufti Hakim bin Mohamad Ariff.

Menurut khairulryezal.blogspot, ada dakwaan mengatakan Mohamad Lufti adalah lantikan politik secara kontrak dalam Gred JUSA C.

Blog itu juga tidak menolak kemungkinan keputusan berat sebelah Mohamad Ariff ada kaitan dengan status anaknya yang bekerja di bawah Guan Eng.

Jika benar dakwaan itu, ini menunjukkan Mohamad Ariff tidak berlaku adil dan telus dalam menjaga integriti dan kemulian Dewan Rakyat, apatah lagi beliau sendiri merupakan seorang bekas hakim.

Semalam, Mohamad Ariff dikritik barisan ahli Parlimen pembangkang apabila membuat kesimpulan ucapan Guan Eng pada Ogos tahun lalu tiada unsur provokasi dan tidak mengelirukan. – 18 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.