PKR sedang retak menanti belah.

Keretakan ini disuarakan Zuraida Kamaruddin yang mahu tindakan selanjutnya daripada Anwar.

Menurut Zuraida, Anwar Ibrahim perlu menumpukan usaha terhadap penyatuan dalaman parti dan mengelak daripada membuat tindakan yang membuka jalan perpecahan.

“Ini adalah masa yang tepat untuk Anwar melakukannya. Kita sudah membuat kenyataan dan dia mengakui teguran itu, maka saya berharap sesuatu yang baik akan berlaku selepas ini.

“Saya menyertai pemilihan parti untuk mengambil kedudukan (jawatan) bagi mengukuhkan parti tetapi parti tidak bergerak ke arah itu. Ini adalah sesuatu yang mengecewakan,” kata Zuraida kepada pemberita di lobi Parlimen.

Zuraida menegaskan, teguran yang dibuat terhadap Anwar oleh pimpinan adalah atas dasar menghormati beliau sebagai Presiden.

“Kami serahkan kepadanya, kami sudah menegur mengenai apa yang berlaku sekarang dan kami serahkan kepada beliau untuk bertindak sebagai Presiden,” tambah Zuraida.  – NTHQiBORD 18 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.