TIMBALAN Presiden PKR minta Presiden PKR tengok cermin. Ini bukan sesuatu yang normal.

Perbalahan melibatkan dua pimpinan peringkat tertinggi parti yang sama seperti ini menandakan parti berkenaan bermasalah, retak menanti belah.

Anwar mulakannya apabila menuntut Azmin meletak jawatan kiranya terlibat dengan video yang sudah menjadi pengetahuan seluruh rakyat Malaysia.

Awalnya Anwar mempertahankan timbalannya tetapi sejak akhir ini mula menyerang pula.

Demikianlah watak Anwar yang dikenali kawan dan lawan. Oportunis kelas satu.

Apabila perlukan seseorang akan ia tatang dan julang orang itu tetapi apabila dilihat orang berkenaan sudah tidak berguna malah menghalang pula kemajuannya Anwar akan sepak ia bagaikan sampah.

PAS semasa Anwar dipecat dahulu berkawan dengan Anwar. Anwar perah dan hisap darah PAS puas-puas tetapi bila sudah ia kuat dan besar PAS sudah tiada guna maka diterajangnya PAS dengan lonjak dan sorak DAP.

Demikian juga kalau kita ingat Tan Sri Khalid Ibrahim. MB Selangor terbaik menurut Sultan Selangor.

Tan Sri banyak berkorban untuk Anwar dan keluarga pada zaman susahnya. Tetapi apabila sudah berkuasa Tan Sri yang berjasa pun difitnah dan digulingkannya sebagai MB.

Hari ini giliran Azmin. Dan Azmin minta Anwar tengok cermin. Siapakah dalam cermin Anwar itu?

Yang paling kenal sudah pastilah Tun Dr Mahathir kerana ikut pengakuan Tun semasa beliau PM ke-4 dulu, Tun berpeluang berjumpa dan menyoal-siasat perempuan dan lelaki yang pernah ada hubungan intim dengan Anwar.

Hodohnya cermin Anwar !!!

Ada selera rakyat Malaysia angkat Anwar jadi PM? – 18 Julai 2019.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR,
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Tak payah lah mana2 pihak nak menangguk diair keroh.
    Apalagi yg cuba mengaibkan kepada perkara yg meragukan.
    Sebagai pemimpin politik islam, sepatutnya ulasan yg diberikan lebih bersikap islamik.
    Bukan merapu dgn berbagai prasangka buruk’/fitnah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.