Azmin Ali terbukti lebih berpengaruh dari majikannya, Anwar Ibrahim.

Menurut penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain, perkara ini dikuatkan lagi dengan 27 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ahli parlimen PKR berdiri di belakang Mohamed Azmin.

27 MPP dan ahli parlimen itu juga membelakangi Anwar dan menegur tindakan Anwar.

Anwar semalam mencadangkan agar Azmin bercuti dan meletakkan jawatan jika video seks yang dikaitkan dengannya baru-baru ini tulen.

“Azmin sudah menang sekarang ini. Anggapan Azmin hanya disebelahi Tun Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) kurang tepat sebab dalaman PKR juga menyokong kuat beliau.

Malah Atory menjangka Mohamed Azmin boleh ‘merampas’ jawatan presiden dengan mudah jika ia dipertandingkan sekarang.

Tambah Atory, dakwaan sekian lama mengatakan PKR terbahagi kepada dua kem iaitu kem Anwar dan kem Azmin adalah benar. – NTHQiBORD 18 Julai 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.