SATU lagi berita malang untuk anak-anak peneroka Felda.

Tiada lagi bantuan biasasiswa untuk anak-anak Felda selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa menamatkan program tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman Facebooknya semalam.

Dalam catatan itu, Najib menzahirkan rasa kecewanya dengan tindakan kerajaan PH menamatkan biasiswa ke luar negara untuk anak-anak Felda.

Najib turut memuat naik sekeping surat pemakluman penamatan biasiswa itu yang ditujukan kepada ibu bapa atau penjaga anak Felda yang membuat permohonan biasiswa berkenaan.

Biasiswa berkenaan dinamakan Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda (DKPCLNF).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa kecewanya apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa menamatkan biasiswa ke luar negara untuk anak-anak Felda.

Najib berkata, keputusan tersebut secara tidak langsung membuktikan rakyat semakin diketepikan kerajaan PH.

Katanya, sewaktu pemerintahannya sebagai Perdana Menteri, kerajaan membantu rakyat dan rakyat menjadi kroninya.

“Biasiswa untuk anak-anak Felda ditamatkan. Kalau dahulu, kita membantu rakyat. Rakyat kroni saya. Hari ini rakyat diketepikan PH. Mungkin ikon Felda atau kroni-kroni Putrajaya dapat bantu membela nasib mereka,” tulisnya. – 18 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.