WALAUPUN ‘dibalun’ 28 pemimpin kanan parti sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap yakin dengan sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri kelapan.

Presiden PKR itu juga menafikan khabar angin kononnya Datuk Seri Azmin Ali bakal menjadi ancaman yang menghalang dirinya menjawat jawatan nombor satu dalam kerajaan itu.

Kenyataan Anwar itu menangkis persepsi bahawa beliau bimbang kononnya terdapat gerakan untuk mengganggu gugat perjalanannya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

“Apa isunya? Saya mempunyai jumlah (sokongan) dan daripada Perdana Menteri. Tidak adil untuk saya atau kepada Mohamed Azmin juga untuk menyatakan sebaliknya

“Biar saya beritahu ini, tiada isu pun (berhubung jawatan Perdana Menteri). PH tetap dengan pendirian, tiada perubahan. Saya bertemu Perdana Menteri untuk bermesyuarat setiap minggu, jadi perbincangan itu berjalan lancar,” katanya.

Mengulas mengenai teguran 28 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk lima Ahli Parlimen PKR kerana beliau menerima baik teguran itu dan menyifatkan kenyataan bersama yang dikeluarkan itu sebagai peringatan bagi memastikan parti berkenaan kembali bersatu.

“Saya terima baik pandangan dan ada berhubung dengan sebahagian daripada mereka. Mereka dah katakan maksud kenyataan itu adalah untuk memastikan parti ini tidak kelihatan tak terlalu tegang.

“Mereka beri peringatan itu supaya keadaan dan parti boleh kembali bersatu. Saya terima baik pandangan disebabkan mereka katakan kenyataan itu tidak langsung mempertikaikan kewibawaan Presiden dan saya hargainya,” katanya. – 18 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.