PERANG telah pun dilancarkan antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Anwar dalam satu sidang media di lobi parlimen membayangkan Azmin perlu meletak jawatan sekiranya benar individu dalam video seks luar tabii yang telah tular itu adalah Azmin.

Azmin pula menyerang Anwar kembali dengan menggambarkan ‘bossnya’ sebagai lelaki yang tidak sedar diri dan perlu melihat cermin.

Suatu ketika dahulu, gandingan Anwar dan Azmin adalah pasukan yang baik dalam menjayakan reformasi hingga parti itu berjaya merobek jantung seberapa ramai anak muda untuk sertai gerakan politik mereka.

Tetapi kini perjalanan politik mereka merubah 360 darjah apabila Azmin hampir puncak kejayaan dalam karier politiknya.

Langkah Kajang 

Langkah Kajang dimulakan dengan idea Rafizi Ramli untuk membolehkan isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah mengisi kekosongan DUN Kajang.

Kerusi DUN Kajang akan membolehkan Wan Azizah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Namun, perancangan mereka musnah apabila Azmin Ali terlebih dahulu ‘makan belakang’ untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor melalui bantuan Abdul Hadi Awang dan pemimpin PAS di Selangor.

Azmin dilihatkan melakukan pengkhianatan pertama kepada parti PKR walhal Pakatan Rakyat pada waktu itu tidak pernah mencalonkan nama Azmin kepada Sultan Selangor.

Mula mengumpul kuasa dan membina ‘kartel’

Kerusi Menteri Besar memberi beribu kelebihan kepada Azmin.

Beliau mula mencipta pengaruh dengan kuasa yang ada dan bermula titik inilah, kumpulan ‘kartel Azmin’ mula dibentuk.

Ketika Azmin menjawat jawatan Menteri Besar, Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat dan ini mungkin memudahkan tugas Azmin untuk membuat sebarang keputusan tanpa Anwar.

Zuraida Kamaruddin, Sivarasa Rasiah, Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Amiruddin Shaari antara kartel besar yang berjaya dibentuk Azmin untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri Selangor.

Percaturan Azmin untuk melantik Hilman Idham sebagai setiausaha politik adalah langkah tepat kerana Hilman cukup genius untuk memastikan majikannya kekal berkuasa di Selangor.

Hilman berjaya memastikan Azmin melakukan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan ‘beres’ dan cukup baik di mata rakyat.

Melalui Hilman, kartel dikembangkan di peringkat cabang dan ranting di negeri Selangor sehingga hampir tidak ada satu pun pemimpin muda di peringkat cabang dan ranting menolak Azmin.

Kali ini, Azmin dilihatkan melakukan pengkhianatan kedua dengan memperkuatkan ‘kartel’ nya sendiri untuk mengatasi kuasa Anwar.

Pemilihan PKR 2019

Pemilihan PKR menyaksikan pertarungan Azmin dan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden.

Rafizi mengambil keputusan untuk melawan Azmin setelah mendapat ‘restu’ Anwar Ibrahim namun bekas Naib Presiden PKR itu tewas di tangan Azmin.

Menepati ramalan, Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden melalui kartel-kartelnya yang berkerja keras untuk Azmin, bukannya untuk PKR.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Azmin dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi atas kebolehannya mengendalikan Selangor dengan baik.

Peluang ini digunakan sebaiknya oleh Azmin untuk membuktikan ‘kehebatannya’ kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Ternyata, Tun Mahathir teruja dengan personaliti dan kebijaksanaan Azmin sementelah individu itu pernah rapat dengannya suatu ketika dahulu sebelum menjelangnya reformasi 1998.

Azmin disebut-sebut bakal menggantikan Tun Mahathir, atas layanan baik Tun Mahathir beri kepadanya sepanjang mengendalikan kerajaan.

Ramai penganalisis politik menggambarkan Anwar Ibrahim bukanlah pilihan peribadi Mahathir kerana mereka adalah ‘musuh lagenda’, walaupun Mahathir telah berjanji untuk melakukan peralihan jawatan kepada Anwar.

Kartel Azmin pengkhianat?

Jadi, besar kemungkinan kewujudan kartel Azmin bukan untuk masa depan PKR, tetapi semata-mata bertuhankan Azmin.

Besar kemungkinan juga kartel yang wujud adalah barah PKR.

Besar kemungkinan kartel inilah musuh terbesar PKR.

Besar kemungkinan kartel inilah yang merosakkan PKR dari dalam.

Besar kemungkinan kartel adalah satu kumpulan yang meranapkan reformasi Anwar Ibrahim.

Besar kemungkinan juga kartel ini yang akan menguburkan karier politik Anwar Ibrahim  – NTHQiBORD 18 Julai 2019

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.