KETUA Cabang PKR Seputeh, Ganapathy Ponnusamy menuntut penjelasan dari pucuk pimpinan mengenai laporan media yang mengatakan dirinya dipecat daripada parti.

Perkara itu disuarakan menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.

Dalam surat itu, Ganapathy menyuarakan rasa terkejut kerana mengetahui dirinya dipecat dari PKR daripada laporan media.

Katanya, beliau sendir tidak menerima sebarang maklumat daripada Jawatankuasa Disiplin PKR sama ada bertulis atau lisan tentang keputusan pemecatan itu.

“Adakah menjadi lumrah Jawatankuasa Disiplin PKR atau pucuk pimpinan PKR itu sendiri, mendahulukan media daripada seorang ahli yang menjadi subjek siasatan?

“Jika benar pihak media mendapat berita tersebut dari sumber rasmi PKR, sedangkan saya sendiri dalam kegelapan, ini sahaja sudah cukup untuk menunjukkan kedengkelan akal pihak berkuasa parti,” tulisnya.

Ganapathy juga meminta laporan atau keputusan pemecatan itu diserahkan kepadanya dengan segera untuk tindakan lanjut.

Semalam, beberapa media melaporkan Ganapathy dipecat PKR kerana beberapa kali menyebarkan dan memuat naik berita yang tidak benar di laman sosial, memfitnah serta membuat sangkaan jahat kepada pemimpin-pemimpin parti.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti, Ganapathy telah didapati melanggar Kod Tataetika Anggota, Perkara 10.2.2,  kerana membuat kenyataan umum berbentuk fitnah terhadap mana-mana anggota parti dengan niat untuk memalukan, menjatuhkan maruah, merosakkan reputasi dan keperibadian ahli parti.

Pemecatan tersebut dilakukan selepas Lembaga Disiplin menjalankan proses siasatan dan memanggil beliau untuk pendengaran sebagaimana yang ditetapkan oleh tatacara disiplin parti. – 18 Julai 2019.

2 COMMENTS

  1. Jahanam nasib orang Melayu. Sekarang Baru kita tahu kenapa DAP mati2 Nak jatuhkan Dan fitnah UMNO.
    Sebab UMNO telah berjaya mempertabatkan nasib bumiputra.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.