“Jangan libatkan saya dalam masalah dalaman PKR,” kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir hari ini dengan tegas menolak untuk memberi sebarang komen berkaitan dengan permasalahan dan pergolakan parti tersebut.

“Saya tak ada masa nak fikirkan perkara itu.

“Masih banyak benda lagi yang saya perlu fikirkan dan ambil berat,” katanya.

Tambahnya, masa itu akan tiba, bila dan siapa yang akan menjadi PM baharu selepas kita capai tahap tertentu.

“Kita akan sampai di situ selepas semuanya selesai di masa akan datang,” katanya.

Apabila ditanya tentang pergolakan dalam parti PKR akan menjadi beban kepada Pakatan Harapan (PH), Mahathir hanya berkata itu terpulang terhadap penilaian dan pendapat orang ramai.

“Itu terpulang ke atas mereka untuk menilai,” katanya.-18 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.