TOMMY Thomas menuntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memohon maaf terhadapnya.

Menurut Peguam Negara itu, Najib didapati menghantar komen di Facebook mengenai perbicaraan pecah amanah dan rasuahnya di laman sosial tersebut.

“Najib membuat komen tentang perbelanjaan kreditnya tanpa nasihat daripada peguam bela.

“Dia perlu memohon maaf tanpa syarat dan tanpa mempersoalkan terhadap apa yang dilakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Tommy Thomas menegaskan Najib tidak boleh beranggapan dirinya akan diberikan keistimewaan hanya kerana beliau merupakan bekas PM negara ini.

Tommy berkata kepada hakim bahawa tindakan tertuduh boleh membawa kepada perlakuan subjudis dan beliau perlu dilayan sama rata dengan kedudukan tertuduh lain berhubung perkara ini.

“Tingkah laku itu mesti dihentikan.

“Najib tidak boleh beranggapan dia akan dilayan istimewa hanya kerana beliau bekas Perdana Menteri dan ada sokongan politik.

Tambah Tommy Thomas, Najib akan dipanggil sekiranya pihak pendakwaan membentangkan kesnya dan jika dipanggil, Najib boleh mengemukakan kesnya di mahkamah undang-undang.

“Itulah haknya, tetapi dia mesti memahami apa yang saya katakan,” katanya.

Bagaimanapun peguam Harvinderjit Singh memohon masa untuk pihaknya menjawab permohonan itu bagi berbincang dengan peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan pada petang ini mendengar hujahan balasan peguam bela. – 18 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.