KUASA tular.

Selepas mendapat kritikan hebat di media sosial mengenai kedudukan anak kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini tiada lagi dari laman direktori Kementerian Kewangan.

Anak Speaker, Mohamad Lutfi Hakim Mohamad Ariff, sebelum ini tercatat sebagai Setiausaha akhbar kepada Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia.

Nama Mohamad Lutfi Hakim Bin Mohamad dipercayai dipadam oleh pihak kementerian pada jam 4.00 petang.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat dikecam hebat oleh pengguna sosial media kerana wujud ‘conflict of interest’ dalam menentukan keputusan Parlimen.

Speaker Mohamad Ariff menolak usul persendirian ketua pembangkang, Ismail Sabri untuk bawa Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Khas Parlimen.

Lim Guan Eng, majikan kepada anak Mohamad Ariff sebelum ini menuduh kerajaan terdahulu merompak hasil GST sedangkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata sebaliknya.– NTHQiBORD 18 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.