SIAPA masih ingat pasal kes video China Doll?

Klip video seks itu yang pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim pernah menggemparkan negara tidak lama dulu.

Dalam siasatan pada ketika itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa video itu tulen.

Tapi dalam soal identiti, ia di luar bidang kuasa polis untuk mengesahkan siapa pelakunya.

Akibat penyebaran video itu polis telah menahan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim yang dikenali “Trio 3 T”.

Ketiga-tiga mereka akhirnya dikenakan hukuman denda atau dipenjarakan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Kini selepas lapan tahun, isu video lucah kembali hangat diperkatakan dan kali ini timbalan Anwar, Datuk Seri Azmin Ali pula jadi sasaran.

Apa yang dilalui oleh Anwar pada tahun 2011 tidak jauh bezanya dengan Azmin.

Video seks tersebar oleh pihak tertentu dengan tujuan tertentu.

Azmin menafikan bahawa dia terlibat dalam video tersebut, sama seperti Anwar yang turut menafikan penglibatannya.

Kedua-dua kes disiasat oleh polis.

Penyebar video telah ditangkap untuk membantu siasatan.

Dalam kes Azmin juga, polis telah menyerahkan kepada pakar iaitu CyberSecurity untuk pengesahan ketulenan video semburit itu.

Selepas melalui proses yang sepatutnya, CyberSecurity menyerahkan laporan kepada polis.

Polis mengumumkan bahawa video tersebut adalah tulen, namun tidak pasti tentang pelakunya.

Tugas dan tanggungjawab polis tidak termasuk dalam mengesahkan siapa pelakunya.

Itu tanggungjawab Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sebab CyberSecurity terletak di bawah kementeriannya.

Agak hairan melihat seorang Menteri DAP tidak teruja untuk mengumumkan satu kes besar yang boleh merungkai persoalan rakyat.

Sebaliknya, Gobind hanya berdiam diri dan menyerahkan isu panas ini kepada polis.

Dalam hal ini, pihak polis telah menjalankan tugas yang sepatutnya dan rakyat tidak wajar menyalahkan mereka.

Jika diperhatikan, plot yang dilalui dalam kedua-dua kes ini adalah sama.

Namun, ketika Anwar berada di pihak dituduh, seluruh pimpinan dan ahli PKR berdiri teguh di belakangnya.

Mengapakah dalam kes Azmin, tiba-tiba Anwar mendesak supaya Timbalan Presiden PKR itu dikenakan tindakan.

Tidakkah Anwar ingat bahawa yang bakal dikenakan hukuman ialah penyebar video tersebut, bukan pelakunya iaitu Anwar sendiri.

Jadi jika Anwar mahu Azmin melepaskan jawatan, kenapa dia juga tidak berbuat perkara sama ketika dulu?

Malah dua-dua video disahkan tulen, jadi mereka berdua patut berhenti saja dalam politik.

Oleh itu, jika Azmin ditahan, Anwar juga perlu ditahan.

Lupakah Anwar, dia sendiri tidak pernah ditahan dalam kes China Doll, jadi kena Azmin perlu ditahan?

Adakah wujud double standard bagi Anwar dalam kedua-dua kes ini?

Anwar sepatutnya mempertahankan Azmin seperti apa yang pernah diterimanya suatu masa dahulu.

Adakah Azmin kini merupakan suatu ancaman kepada cita-citanya mahu menjadi PM sehingga lupa dirinya pernah berada dalam situasi yang sama. – 18 Julai 2019.

3 COMMENTS

  1. Pembohongan dan fitnah teruk oleh ‘Politicalassailants’ (pembunuh2 riwayat politik) saperti Mahathir Mohamad dan Zeti Aziz yang bawa kepada kejatuhan Najib Razak dan seterus nya kepada regim UMNO-BN.
    Mahathir dan Zeti adalah manusia yang telah lakukan DOSA2 TERBESAR kepada Malaysia di kalayak sedunia.
    Ram Karpal Singh sepatut nya gelar dua orang ini, Mahathir dan Zeti sebagai ‘Malaysian Crooks’ Dahulu dalam tahun 2018 sewaktu berbahas disidang Dewan Rakyat itulah nama yang Ram Karpal gelar Najib Razak.Konon nya media antanrabangsa yang telah jenamakan Najib Razak begitu. Sekarang bagaimana,Ram Karpal Singh???? Sekarang sudah jelas Najib Razak yang telah di aniaya teruk oleh Mahathir Mohamad dan Zeti Aziz. Saya tidak rela perbuatan jijik begini atas bekas PM kerajaan BN dahulu. There are permanent damages caused to Najib Tun Razak. Who is going to pay compensation to the harm to Najib Razak’s reputation and emotional mental torture likewise for the sufferance of all supporters of Najib Razak have silently undergone. ????????

  2. Money trail itu yg penting ..surat konon dari raja saudi anybody can fake it juz to legitimate where the money came from.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.