ISU derma Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak bukan lagi rahsia, tetapi hal ini menjadi senjata fitnah Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14 lalu).

Walaupun berkali-kali bekas Perdana Menteri itu menjelaskan isu RM2.6 bilion sebagai derma dari Arab Saudi, tetapi masih ramai yang termakan dakyah PH yang mendakwa wang itu sebagai dana haram.

Semalam, kebenaran isu derma itu akhirnya terbukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika berlangsungnya perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Bekas Pengarah Urusan AmBank Cheah Tek Kuang mendedahkan bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sendiri mengetahui bahawa Najib akan menerima derma besar dari Arab Saudi sebelum PRU13.

Tek Kuang memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, beliau sendiri yang memaklumkan kepada Zeti tentang derma itu apabila bertemu bekas Gabenor tersebut pada Januari 2011.

Dalam kenyataannya, Tek Kuang berkata beliau mengadakan membuat temu janji untuk berjumpa Zeti selepas Najib membuka akaun di AmBank cawangan Jalan Raja Chulan.

Katanya, Najib juga ada memaklumkan kepadanya bahawa akaun peribadi diperlukan untuk memudahkan urusan menerima wang derma dari Arab Saudi.

“Saya bertemu Tan Sri Zeti Aziz di pejabatnya dan memaklumkan tentang akaun yang dibuka oleh Datuk Seri Najib.

“Tan Sri Zeti Aziz memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bantahan untuk AmBank berbuat demikian tetapi mengingatkan bahawa proses membuka akaun itu perlu mengikut peraturan bank.”

Tek Kuang juga mendedahkan bahawa beliau dimaklumkan oleh Pengurus Perhubungan bank itu, Joanna Yu Ging Ping pada awal Januari 2011, tentang hasrat Najib untuk membuka akaun di AmBank.

Semasa di soal balas, Tek Kuang mengakui bahawa Joanna dimaklumkan tentnag perkara itu oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, bukannya Najib sendiri.

“Saya kemudiannya bertemu Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim di pejabat beliau untu membincangkan hal Najib untuk membuka akaun di bank itu.

“Beliau (Azman) kemudiannya mengarahkan saya untuk menguruskan hal tersebut,” kata saksi ke-50 itu.

Pada pertengahan Januari tahun yang sama, Tek Kuang datang ke kediaman Najib di Jalan Langgak Duta untuk berbincang mengenai pembukaan akaun tersebut.

Di kediaman itu, Jho Low menyambut beliau di pintu dan mengiringinya untuk bertemu Najib.

Tek Kuang dan Najib berbincang selama 20 minit di bilik tetamu manakala Jho Low berada di bahagian lain di kediaman tersebut.

Tek Kuang meninggalkan kediaman itu selepas Najib mengisi borang untuk membuka akaun di bank berkenaan. – NTHQiBord, 17 Julai 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.