BUKAN kali pertama Bangsa DAP ‘mengugut’ polis, lebih-lebih lagi dalam era Malaysia Baharu.

19 Mei lalu, Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong, ditahan polis selepas mengugut pihak berkuasa menerusi aplikasi WhatsApp.

Kemudian, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pula mempertikaikan tindakan polis menahan suspek kes rogol, Paul Yong yang merupakan Exco DAP Perak.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Datuk Hamid Bador pula diberi amaran.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengingatkan Abdul Hamid supaya
menjaga reputasi dan nama baik pasukan polis dengan mengelakkan membuat kenyataan berbaur politik.

“Ketua Polis Negara adalah seorang yang profesional. Dia tidak sepatutnya membuat penilaian dan bercakap tentang konspirasi politik.

“Dia hanya perlu mengumpul bukti dan menyerahkannya kepada peguam negara. Ini yang diharapkan oleh rakyat daripada pasukan yang tidak memihak dan profesional,” katanya.

Semalam, Abdul Hamid berkata, analisis pakar ke atas video liar tabii yang dikaitkan dengan seorang menteri tidak dapat mengaitkan pelaku dengan ahli politik berkenaan.

Katanya, proses pengecaman wajah ke atas video luar tabii itu yang dibuat oleh CyberSecurity Malaysia adalah negatif, walaupun kebarangkalian ketulenannya adalah tinggi.

Mengulas lanjut, Zaid yang juga bekas ahli PKR menegaskan semua pihak sayangkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetapi tentunya semua pihak lebih sayangi negara. – 19 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.