Sunday, May 16, 2021
Home Berita Ambil tindakan kalau video semburit tulen

Ambil tindakan kalau video semburit tulen

0

RAKYAT Malaysia ternanti-nanti tindakan pihak berkuasa susulan pengesahan video semburit membabitkan Azmin Ali dan Haziq Abd Aziz.

Datuk Seri Mohamad Hasan, atau dikenali sebagai Tok Mat berkata perkara itu menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat kerana masing-masing mahu mengetahui apa tindakan selanjutnya yang akan diambil pihak berkuasa, bukan semata-mata pengesahan mengenai ketulenan video berkenaan.

“Kalau sudah dikatakan tulen, maka benarlah ia memang tulen, tetapi jangan kata tulen sahaja, apa tindakan selanjutnya?”

“Itu persoalan yang akan ditanya dan kalau betul tulen, ambil tindakan,” katanya.

Sehingga hari ini, tidak ada tindakan pihak berkuasa setelah keputusan ketulenan video dikeluarkan CyberSecurity Malaysia.

Bagaimanapun polis sudah menahan reman beberapa individu yang dikenalpasti sebagai dalang penyebaran video termasuk pelakunya, Haziq Abdullah Abd Aziz.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Hamid Bador berkata analisis pakar ke atas pengecaman wajah dalam video adalah negatif walaupun video itu disahkan tiada sebarang suntingan atau ‘deep fake’. – NTHQiBORD 18 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.