LIMA orang yang ditahan bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz berkaitan dengan kes video seks telah dibebaskan, lapor The Star.

Pengarah CID Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata lima orang itu dibebaskan selepas perintah reman tamat tempohnya.

“Mereka dibebaskan semalam (18 Julai),” katanya.

Namun, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang merupakan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim masih ditahan polis, manakala nasib Haziq masih tidak diketahui.

Polis sebelum ini menahan sembilan orang individu yang disyaki terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video semburit, termasuk Haziq.

Mereka direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 292A Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan pengedaran bahan lucah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador semalam berkata dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan Azmin Ali telah dikenalpasti.

Haziq mengaku menjadi pelaku dalam video itu tetapi Azmin menafikan beliau terlibat. – NTHQiBORD, 19 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.