BUKAN seorang, tetapi tiga orang sekali gus (Speaker dan timbalan) ada kepentingan dengan Lim Guan Eng.

Ini yang didedahkan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu sendiri yang mahu namanya dirahsiakan.

Menurut sumber kepada FMT, kedua-dua timbalan Speaker di Parlimen juga boleh berat sebelah kepada Guan Eng.

Sumber itu berkata, timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon juga boleh ditafsirkan sebagai mempunyai konflik kepentingan.

Mohd Rashid pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari 2013 hingga 2018 ketika Guan Eng memegang jawatan Ketua Menteri.

Beliau berkata timbalan Speaker yang lain, Nga Kor Ming, adalah Timbalan Setiausaha Agung DAP manakala Lim Guan Eng adalah majikannya.

“Jadi, jika kita mengikuti logik pembangkang, maka Rashid dan Nga juga mungkin berat sebelah,” katanya.

Sebelum itu, Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof yang merupakan Speaker Dewan Rakyat dipersoalkan ketelusannya kerana mempunyai ‘conflict of interest’ terhadap Guan Eng.

Anak Mohamad Ariff, bekerja sebagai setiausaha akhbar Guan Eng di Kementerian Kewangan Malaysia.

Mohd Arif telah menolak usul persendirian Ismail Sabri, untuk membawa Guan Eng ke Jawatankuasa Khas Parlimen kerana didakwa menipu Dewan Rakyat.

Guan Eng menuduh Barisan Nasional merompak kutipan GST, sedangkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkata sebaliknya. – NTHQiBORD, 19 Julai 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.