KEM Datuk Seri Azmin Ali boleh dikatakan mempunyai sokongan padu daripada 28 pemimpin kanan PKR.

Semalam, kesemua pemimpin itu sebulat suara menyokong Azmin dalam kes video homoseks dan mengecam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak bersungguh membela timbalannya.

Hari ini pula, kem Anwar tampil memberi sokongan. Mereka hanyalah enam Pengerusi PKR negeri yang menyatakan sokongan penuh kepada Anwar.

Antara Pengerusi PKR negeri yang menandatangani dokumen menyatakan sokongan kepada Anwar. adalah dari Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

Hari ini, mereka turut menubuhkan Majlis Pengerusi-pengerusi Pimpinan Negeri PKR dan Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul diangkat menjadi koordinator majlis berkenaan.

“Enam daripada kami bermesyuarat hari ini dan mengambil ketetapan bahawa kami menyokong sepenuhnya presiden parti. Kami juga menyokong usaha keras presiden untuk membangunkan parti.

“Kami berdiri teguh di belakang beliau dalam menghadapi apa jua cabaran dan memberi komitmen tanpa berbelah bahagi kepada beliau dalam usaha memimpin negara ke tahap diharapkan rakyat.

“Kami yakin Anwar seorang pemimpin yang akan menunaikan janji parti kepada rakyat dan kami akan bersama beliau untuk pastikan semua ini terlaksana,” kata Johari. – 19 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.