HARGA runcit petrol RON97 naik sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.57 kepada RM2.67 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 26 Julai depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter untuk tempoh sama.

Menurutnya, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya adalah sebanyak RM2.37 dan RM2.37 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh berkenaan adalah berjumlah RM179.97 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM141.81 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM38.16 juta,” katanya. – 19 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.