SEKTOR minyak sawit tempatan dijangka berhadapan saingan lebih tinggi di India.

Ini kerana Kementerian Kewangan dan Perdagangan India menaikkan duti ke atas minyak sawit dari Malaysia kepada 50 peratus daripada 45 peratus.

Public Investment Bank (PIB) berkata cadangan itu akan menyebabkan kerugian besar kepada pengeksport minyak sawit Malaysia apabila duti keistimewaannya hilang berbanding rakannya dari Indonesia.

Bekas Perdana Menteri Najib Razak turut menyuarakan kebimbangan di Facebook beliau dengan membidas menteri Pakatan Harapan yang dilihatkan gagal mengawal harga komoditi.

Najib turut memerli para menteri yang terlibat dalam pembikinan video Sayangi Sawitku dan menyifatkan kempen itu sebagai sia-sia.

” Pengeksport minyak sawit Malaysia bakal mengalami kerugian besar. Stok sawit juga dijangka meningkat,” tulis Najib.

“Maksudnya apa? Harga sawit mungkin jatuh lagi,” tambah Najib.

India, pengimport minyak sawit terbesar di dunia, menyumbang 28 peratus daripada jumlah import minyak sawit Malaysia pada separuh pertama tahun ini.

Setakat tahun ini, harga purata MSM sebanyak RM1,980 satu tan, merosot 17.6 peratus tahun ke tahun. – NTHQiBORD 19 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.