TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan ahli-ahlinya jika tidak suka kepada parti itu, mereka tidak perlu ada dalam parti, lapor Sinar Harian.

“Kalau tak suka, tak payah ada dalam parti…tak ada siapa yang memaksa, ini bukan satu paksaan dan ini satu kerja untuk kita meneruskan perjuangan dari dulu,” katanya.

Mohamad Hassan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, pihaknya menegaskan bahawa UMNO ketika ini memerlukan ‘pejuang’ yang benar-benar komited ke arah pengukuhan semula parti dan menjayakan misi UMNO.

Mana-mana pemimpin dan anggota yang tidak lagi menyenangi UMNO serta mempunyai agenda peribadi diingatkan untuk tidak berada dalam parti.

“Kalau kita seorang pejuang, kalau kita tahu ertinya perjuangan, kita tak akan bergaduh…kita akan bersama, bersekutu dan bersatu-padu bersedia untuk menjayakan perjuangan kita,” katanya.

Dalam masa sama, Mohamad turut menggesa semua pihak mengetepikan agenda peribadi dan meletakkan kepentingan perjuangan sebagai asas kepada gerak kerja selain bekerja sebagai satu pasukan.

“Menang PRU15 merupakan fokus kita, bukannya cerita kecil-kecil…tutup medan perang kecil-kecil hadapi medan perang yang besar iaitu berhadapan dengan PRU15 akan datang,” ujarnya lagi.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana individu, namun umum mengetahui Datuk Seri Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin antara yang lantang mengkritik parti.

Bahkan, Nazri Aziz lebih terkehadapan apabila secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Nazri juga dalam banyak perkara berdiam diri apabila kesalahan berlaku dalam PH tetapi cepat mengkritik apabila dilakukan oleh parti sendiri.

Bahkan, pada peringkat awal, Nazri antara yang tidak setuju dengan agenda perpaduan ummah antara UMNO-PAS.

Sementara Khairy pula kurang senang apabila Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi kembali memegang jawatan dalam parti.

Hal ini kerana kedua-duanya masih dalam proses perundangan di mahkamah. Khairy berpendapat mereka patut berehat dahulu daripada jawatan dalam parti. – 19 Julai 2019

6 COMMENTS

  1. Aku sokong apa yg di nyatakn oleh tok mat.nazri dn kj.jgn jd kacang hantu dlm parti.parti umno sgt2 memelukn pejuang mc dsnjb.ini penting kerana dsnjb bnyk ideal utk menjatuhkn ph dims akn dtg.parti memelukn org yg mc dsnjb tk mudah mengalah dn berputus asa.nk membandingkn nazri dn kj mereka berdua ni lemah..sifat mereka berdua ni bnyk memihat disebelah parti musuh..org mc ni tk payah ada dlm umnoumno merosak kn parti shj..

  2. Umno kena belajar dari kesilapan lalu.
    Jika pemimpin kaki jilat & bodek & tak terima kritikan/pandangan maka pru ke 15 akan menjadi sejarah hitam kedua.
    Rakyat bukan tak tahu najib & zahid terlibat dgn berpuluh-puluh kes penyelewengan & rasuah.
    Apakah tok mad nak buta kan mata & hati semata-mata nak selamat kan pemimpin ini.
    Kita percaya kepada keadilan mahkamah.
    Tapi kita juga mesti percaya bahwa siasatan yg dibuat oleh sprm & pendakwaan yg sedang berjalan adalah sesuatu perkara yg boleh dipercayai.
    Tak kan kita terus dimomokkan dgn kata-kata manis… Jika kita sendiri tahu perkara sebenar.

  3. UMNO MASIH MCM DAHULU JUGA SOMBONG BONGKAK DAN TIDAK BOLEH DI TEGUR…PRU 15 PASTIKAN UMNO TERUS TERCOROT.,SEHINGGA UMNO MAHU BERUBAH JANGAN LINDUNGI INDIVIDU YANG ADA KAITAN PERTUDUHAN MAHKAMAH.L

  4. Parti umno ni untuk org melayu bukan utk seseorg ahli politik yg sudah kalah dlm pilihanraya dan terpalit kes rasuah… Nazri Aziz ckp tu adalah suatu teguran yg ikhlas walaupun kita tahu dia ni mcm lalang tp dia ckp tu benda logik dek akal

  5. 60 thn asyik berkisar nk kukuh parti, memang tak boleh harap la,spnjang tempoh tu dok kesah nk kayakn diri masing² la tuu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.